Khamis, 7 April 2011

Pada tahun 1920 penduduk Kajang telah merayu kepada "Sister's of St. Maur" supaya mengadakan sebuah Sekolah Convent. Pada tahun 1930 baharulah cadangan itu dipersetujui. Sebuah banglo yang boleh memuatkan 3 buat bilik darjah adalah digunakan pada mulanya dan kemudian sebuah Sekolah Rendah Persendirian dimulakan.

Sekolah itu dibawah jagaan Sr.Martha dan guru-gurunya iaitu Sr.Dorothy, Cik E.Coombs dan Cik D.David. Oleh sebab jumlah muridnya terlalu kecil maka sukarlah bagi sekolah ini mendapat "Grant-in-Aid". Pada tahun 1933 sebuah dewan permainan telah dibina oleh Convent untuk kemudahan murid-murid.

Dengan pertambahan murid, dalam tahun 1939 sebuah Sekolah Menengah diperlukan. Lapan buah bilik darjah telah didirikan dan digunakan dengan sepenuhnya dalam tahun 1940. Pada tahun 1941, pihak berkuasa Pelajaran telah memeriksa dan berpuas hati dengan sekolah ini. Justeru itu sekolah ini diakui sebagai sekolah "Grant-in-Aid".

Pada tahun 1941 banglo yang mengandungi 3 bilik darjah telah dimusnahkan oleh bom dalam masa perang. Sementara itu bangunan baru telah rosak dan terpaksa diperbaiki. Selepas perang pada bulan September 1945, usaha-usaha telah dijalanan untuk memulakan persekolahan. Pada tahun 1946 kemasukan murid telah bertambah. Had umur telah dilonggarkan.

Sekolah Convent Kajang ini adalah di bawah pengelolaan Convent Bukit Nanas sehinggs 1963. Sekolah ini adalah sebuah sekolah "Comprehensivea" sehingga 1960. Ianya telah dibahagi dua iaitu kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pada tahun 1961. Pada tahun itu juga sekolah ini telah dibahagi kepada dua sessi iaitu sessi pagi dan sessi petang. Tiada ada apa-apa rekod yang disimpan sehingga tahun 1957.

0 komentar:

Search

Time

Comments

Recent Posts

Contributors

Dikuasakan oleh Blogger.