Ahad, 24 April 2011

PN ASMAH BT MD TAHA

Beliau mula berkhidmat di SMK Convent Kajang pada 22 Jun 1992 dan dilantik menjadi Penolong Kanan pada tahun 2006 hingga sekarang.

PN SITI NORBAYA BT MANSOR


Beliau mula berkhidmat di SMK Convent Kajang pada 16 Oktober 2010. Pada bulan Mac hingga Oktober 2010 beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Menengah Jabatan Pelajaran Selangor. Pada tahun 2009 hingga 2010 beliau menjawat jawatan PPD Kuching.
Rabu, 20 April 2011

7 April 2011
Berita sedih bagi warga SMK Convent Kajang, Cik Azizah bt. Daud telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Khamis jam 1.20 pagi. Al-Fatihah untuk Arwah.

19 April 2011
Sekolah menerima kunjungan rasmi dari Delegasi Universiti Padjajaran Bandung, Indonesia. Delegasi ini terdiri daripada siswa-siswi yang mengambil Ijazah Sarjana (PHD) membuat kajian tentang sekolah-sekolah di Malaysia. Mereka terdiri daripada pengetua, guru besar dan pegawai-pegawai.
  • Delegasi sempai ke sekolah pada jam 9.00 pagi.
  • Acara dimulakan dengan taklimat daripada pengetua, diikuti dengan ucapan dari wakil delegasi.
  • Persembahan power point oleh pelajar dan pengawas sekolah.
  • Sesi soal jawab.
  • Jamuan ringan.
  • Lawatan ke kawasan sekolah.
20 April 2011
English Debate Competition State Level

Sabtu, 16 April 2011

Cogankata "Tulus Dengan Fadilah",
Bersama "Azam Dan Bakti",
Menambahkan kesucian hati,
Puteri Convent sejati,

Semua guru sentiasa berjasa,
Menbimbing puteri negara,
Supaya puteri akan berjaya,
Untuk nusa dan bangsa.

Puteri-puteri tekun, cergus,
Ilmulah dicari,
Puteri-puteri tulus ikhlas,
Tuhankan berkati.


Visi SMKCK

Sekolah menengah kebangsaan convent kajang
komited memastikan semua pelajar
mencapai prestasi kurikulum dan kokurikulum cermelang
serta mengamalkan nilai-nilai murni
hasil bimbingan guru-guru yang berketerampilan,
persekitaran yang selamat dan kondusif
serta kerjasama erat dengan PIBG dan komuniti setempat

Misi SMKCK

Memperkembang potensi diri
warga SMK Convent Kajang
melalui pendidikan berkualiti

Sabtu, 9 April 2011

Minggu Pusat Sumber Sekolah (11 April 2011 hingga 15 April 2011)

Aktiviti minggu Pusat Sumber
  • Menguji kecekapan membaca
  • Kuiz pusat sumber
  • Mencari judul-judul buku
  • Permainan Kim (mencatat 20 buah buku terpilih dalam masa 10 minit)
  • Promosi buku (resensi buku)
  • Meneka jumlah buku dalam kotak
  • Meneka jumlah buku dalam Pusat Sumber
  • Mencari perkataan
  • Pameran buku-buku baru
  • Kempen menderma buku
  • Lawatan ke pesta buku

Khamis, 7 April 2011

Penasihat
: Pn Siti Norbaya bt Mansor (Pengetua)

Pengerusi
: Pn Asmah bt Mohd Taha (Penolong Kanan)

Naib Pengerusi
: Pn Kamariah bt Ab Rashid (Penolong Kanan HEM)
: Pn Lim Chooi Ee (Penolong Kanan Kokurikulum)
: Pn Zainab bt Lassio (Penolong Kanan)

Setiausaha
: Pn Rasipah bt Sahari (Guru Perpustakaan dan Media)

Penolong Setiausaha
: Pn Faizah bt Mustafa (Guru Perpustakaan)

AHLI JAWATAN KUASA

Ketua-Ketua Bidang
: Pn Hasnah bt Ab Hadi (Bahasa)
: Pn Alawiyatun bt Ab Muttalib (Kemanusiaan)
: Pn Tan Beng Suan (Teknik & Vokasional)
: Datin Normala bt Mohd Ali (Sains & Matematik)

Perpustakaan
: Pn Faizah bt Mustafa Bbm
: Pn Noriza bt Abdullah Bank Soalan
: Pn Rohana bt Dalmen A. Pandang Dengar
: Pn Salmizan bt Abdul Salam Pondok Bacaan
: Pn Noriza bt Abdullah Program Bacaan Nilam
: Pn Bebi Ramadiah bt Rastam
: Pn Nirmala Devi a/p Paramasivam


Pada tahun 1920 penduduk Kajang telah merayu kepada "Sister's of St. Maur" supaya mengadakan sebuah Sekolah Convent. Pada tahun 1930 baharulah cadangan itu dipersetujui. Sebuah banglo yang boleh memuatkan 3 buat bilik darjah adalah digunakan pada mulanya dan kemudian sebuah Sekolah Rendah Persendirian dimulakan.

Sekolah itu dibawah jagaan Sr.Martha dan guru-gurunya iaitu Sr.Dorothy, Cik E.Coombs dan Cik D.David. Oleh sebab jumlah muridnya terlalu kecil maka sukarlah bagi sekolah ini mendapat "Grant-in-Aid". Pada tahun 1933 sebuah dewan permainan telah dibina oleh Convent untuk kemudahan murid-murid.

Dengan pertambahan murid, dalam tahun 1939 sebuah Sekolah Menengah diperlukan. Lapan buah bilik darjah telah didirikan dan digunakan dengan sepenuhnya dalam tahun 1940. Pada tahun 1941, pihak berkuasa Pelajaran telah memeriksa dan berpuas hati dengan sekolah ini. Justeru itu sekolah ini diakui sebagai sekolah "Grant-in-Aid".

Pada tahun 1941 banglo yang mengandungi 3 bilik darjah telah dimusnahkan oleh bom dalam masa perang. Sementara itu bangunan baru telah rosak dan terpaksa diperbaiki. Selepas perang pada bulan September 1945, usaha-usaha telah dijalanan untuk memulakan persekolahan. Pada tahun 1946 kemasukan murid telah bertambah. Had umur telah dilonggarkan.

Sekolah Convent Kajang ini adalah di bawah pengelolaan Convent Bukit Nanas sehinggs 1963. Sekolah ini adalah sebuah sekolah "Comprehensivea" sehingga 1960. Ianya telah dibahagi dua iaitu kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pada tahun 1961. Pada tahun itu juga sekolah ini telah dibahagi kepada dua sessi iaitu sessi pagi dan sessi petang. Tiada ada apa-apa rekod yang disimpan sehingga tahun 1957.

Sabtu, 11 Oktober 2008

SMK CONVENT KAJANG
JALAN GEREJA,
43000 KAJANG
SELANGOR




PENGENALAN

PSS mula beroperasi di bangunan baru sekolah pada 1 Jun 2002. Kedudukan PSS yang terletak di tingkat 2 dan bilik tayang ditingkat, sememangnya menjadi tumpuan guru dan pelajar.

OBJEKTIF PSS
  • Membuka ruang dan jalan untuk pelajar mengislahkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi cemerlang.
  • Melahirkan pelajar yang cintakan budaya membaca, belajar sendiri dan menjalankan penyelidikan.
  • Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat pembelajaran.

PIAGAM PELANGGAN

Membantu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar SMKCK.

  • Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum.
  • Membantu pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan intelek.
  • Menyediakan pelbagai perkhidmatan maklumat kepada warga SMKCK.

Search

Time

Comments

Recent Posts

Contributors

Dikuasakan oleh Blogger.